Monday, September 12, 2011

Love In Our Perception

Apakah pentingnya hati kepada seseorang,yang perlu dibelai dengan manja dan kasih sayang.Bagaimana pula dengan nilai kehidupan yang ditanamkan ke dalam hati yang membuatkan kita berfikir tentang kehidupan ini,,,,ya memang hati itu penting dalam membina kehidupan seseorang.Hati setiap orang amat berbeza dan tidak pernah sama walaupun jantina yang sama.


Tetapi keajaiban yang berlaku terhadap hati-hati ini apabila Tuhan mengurniakan satu perasaan yang susah untuk digambarkan dan ditafsir serta diterjemahkan yang membuatkan dua hati saling berdegup kencang dan bersahut-sahutan menggunakan bahasa yang sukar untuk kita fahami dan luahkan.Tetapi akal adalah penentu halatuju hati di mana untuk mengecapi dan menikmati satu anugerah Tuhan yang cukup bernilai iaitu CINTA.Cinta bukannya sebarang cinta.


Cinta yang dimaksudkan adalah cinta yang membuatkan seseorang luluh dan gambaran wajah sentiasa bermain di minda dan datang dari hati.Di sinilah seseorang perlu bijak mengatasi hati dengan akal.Kita tidak mahu hati ini berubah kepada nafsu yang amat degil dan sukar ditundukkan.Hal ini pada zaman millennium ini,erti cinta telah jauh terpesong dan lari dari matlamat yang sebenar yang digariskan dalam Islam.


Jika kita lihat cinta yang ditakrifkan pada masa ini antaranya cinta monyet di mana cinta yang berputik semasa zaman persekolahan.Apa yang saya hendak katakan di sini bukan menyatakan keseluruhan tetapi dari pengamatan saya selama telah hidup selama ini,cinta monyet adalah suatu cinta yang bukan melalui hati tetapi nafsu kerana ia tidak mempunyai matlamat dan keseriusan dalam perhubungan bahkan menggunungkan dosa dan maksiat…kerana ia bersandarkan betapa romantiknya sesuatu hubungan tersebut,,,ia juga membawa pengaruh dan gambaran dari Barat yang meracuni minda anak-anak bangsa kita dengan perlakuan-perlakuan yang memuja seorang wanita dari agamanya sendiri.Ia juga menonjolkan kegoyahan dan kerapuhan hati yang dengan mudahnya mencari pasangan selepas berlaku perpisahan.Cinta ini juga melemahkan silaturahim antara manusia apabila tercetusnya persengketaan dan percakaran apabila berebut satu hati yang hanya megah di mana dia adalah insan terbaik dan sempurna sehingga menjadi rebutan.




Cinta yang sebenar adalah dengan tercetusnya suatu perasaan apabila dua mata bertentangan yang membawa ke hati dan timbul satu matlamat untuk menjadikan seseorang itu teman dan pasangan hidup untuk memenuhi tuntutan agama dan juga berkongsi erti kehidupan bersama.Di samping itu,cinta yang sebenar tidak pernah memandang status,kekayaan dan kelemahan seseorang tetapi perhatian dan tarikan lebih diberikan kepada hati seseorang itu dan pengisian dari segi agamanya dalam memelihara kesucian hati tersebut merupakan harta yang tidak ternilai untuk dimiliki dan dibeli oleh cinta.Hati akan merawat dan memperbaiki segala kelemahan.