Sunday, February 5, 2012

Wahai Sahabat

Yg dipanggil sahabat itu seorang yang tahu menjaga budi bicaranya terhadap temannya...
Yg dipanggil sahabat itu adalah yang tahu menjaga perlakuan dirinya terhadap temannya...
Yg dipanggil sahabat itu tidak menggunakan kelemahan temannya untuk jenaka...
Yg dipanggil sahabat itu adalah sentiasa menyokong sahabatnya dalam apa jua keadaan...
Yg dipanggil sahabat itu adalah tidak meruntuhkan keyakinan dan kepercayaan yang diberi...
Yg dipanggil sahabat itu sentiasa menceriakan temannya...
Yg dipanggil sahabat itu tidak melakukan sesuatu yang melukakan hati temannya...
Yg dipanggil sahabat itu adalah sentiasa mengingat kebaikan temannya...
Yg dipanggil sahabat itu sentiasa menghormati pendapat temannya...
Yg dipanggil sahabat tidak akan membiarkan temannya merasa kesunyian...
Yg dipanggil sahabat adalah yang sentiasa menunjukkan kemesraan di raut wajah...
Yg dipanggil sahabat akan sentiasa mendengar kepada temannya...
Yg dipanggil sahabat akan sentiasa mendoakan temannya..
Yg dipanggil sahabat adalah yang sentiasa kasih kepada temannya melebihi mengasihi seorang wanita atau lelaki.......


Tetapi sahabat yang ku cari masih tidak ku temui...
Bahkan digurisi..
Tetapi demi persahabatan,ku gagahkan diri untuk mengubati diri sendiri...
Walau parutkan berdarah lagi...
Ku tetap disamping insan bernama sahabat..
Walau diri tidak dihormati..
Walau diri tidak dihargai...
Walau diri tidak disokong...
Walau diri sentiasa bersedih hati...
Tetapi senyuman di bibir tetap terukir...
Menjaga ukhwah dan tali persaudaraan dengan sahabat...
Walau diri sentiasa dihindari...
Mungkin lumrah diri ini tidak ramai yang mahu dekati...


Tetapi diri ini faham dengan golongan manusia yang bergelar sahabat..
Selama hidup di muka bumi ini...
Bermacam rasa telah dirasai..
Telah banyak titisan airmata jatuh ke bumi
Sahabat yang hanya mahu menjaga diri sendiri...
Menahan sikap sahabat yang tidak mahu memahami diri..


Kepada sahabat jangan digusari...
Hatiku tetap kau ku maafi...
Cuma pesanku dari hati ke hati...
Cukuplah dengan apa yang dibuat pada diri ini...
Mungkin tanpa engkau sedari...
Dan aku faham mungkin kau tiada hati..
Untuk mengerti erti sahabat sejati...

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)