Thursday, February 14, 2013

JIWA KENTAL ~kadet tentera~part 3




Kali ni punya cerita mengenai usaha aq utk mencapai minat dan cita-cita aq yg sering gagal utk menjadi seorang anggota tentera....

Walaupun aq sudah bergelar "teacher to be" dan akan bergelar seorang "cikgu" dlm tempoh 4 tahun lagi...angan2 aq utk menjadi seorang anggota tentera masih kuat dlm diri aq dan sering merasa cemburu dgn rakan2 aq yg akan bergelar sbg pegawai tentera beberapa tahun akan datang ni....tapi aq percaya peluang utk menjadi seorang anggota tentera masih terbuka luas utk aq....

Oleh itu, aq telah menyelidik serba sedikit mengenai maklumat kemasukan askar wataniah...dan aq difahamkan kat maktab aq ni pun ada ramai senior2 yg masuk askar wataniah...aq pun menjalankan misi utk menjalankan usaha mendapatkan status anggota tentera dgn mendapatkan maklumat mengenai kemasukan anggota baru daripada senior2 tersebut....

Tapi yg mengecewakan aq sikap mereka yg acuh x acuh dlm membantu org lain....kata je nak jd cikgu yg akan berkhidmat utk masyarakat...ni kat maktab pun dah tunjukkan sikap lepas tangan...yg aq dgr janji manis diorang ialah "susah la sbb nak kene ambik borang".."xp nanti aq p tanya depa tentang kemasukan anggota baru"..."p kem r tanya"....dan kesudahannya hampir 2 semester aq menantikan jawapan dari diorang....2 semester bermaksud hampir setahun aq menantikan berita gembira dari diorang...

Kesudahannya, aq mengambil keputusan utk menelefon terus ke markas kem askar wataniah utk mengetahui dgn lebih lanjut...dan keputusannya.........

Bersambung pada entry yg akan datang....hehehe

Sunday, February 10, 2013

Alim , Jujur , Takwa & Ahli Ibadah


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram. 
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Thursday, February 7, 2013

Selamat Hari Lahir Ayah!!!!!!!

Tanggal 27 Januari yang lepas genaplah 43 tahun usia ayahku....moga-moga Allah mengurniakan segala kebaikan, kesihatan dan iman yang kukuh kepada ayahku...TERIMA KASIH ayah kerana menjaga aq yang sememangnya banyak kerenah dan keras kepala ni...walaupun aq bukan darah daging die tetapi die telah menjalankan peranan dan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada aq...maksud aq die adalah ayah tiri aq....ayah aq telah kembali ke rahmatullah semenjak aq lahir lagi...so aq x pernah merasai kasih sayang seorang ayah...

walaupun kasih sayang antara aq dan ayahku x nampak secara fizikal (kami selalu berbicara atau berbual perkara yang penting je sebab masing2 jenis pendiam dan adat bagi seorang lelaki yang x tahu nak menzahirkan sayang melalui perkataan) tapi aq tahu kat sudut hati ayah aq die adalah seorang ayah yang penyayang, sentiasa mengambil berat (walaupun melalui perantaraan ibu aq)...

ayah aq seorang ayah yg baik sebab walaupun die dah mempunyai 2 org anak hasil perkahwinan dgn ibu aq tapi aq x diabaikan malah aq menjadi harapan kpd die utk membantu mendidik dan memberikan kepercayaan kepada aq utk menjadi abg kepada anak2 die...cuma kami x berapa mesra je sbb apa2 hal ibu aq yg jd penyampai berita antara kami....x tahu r sbb apa mungkin masih malu dan janggal lagi....

aq berkata begitu sbb die berkahwin dgn ibu ketika aq berusia 10 tahun (da besar da) dan mungkin itu yg menjadi faktor kejanggalan antara kami...TERIMA KASIH ALLAH kerana engkau mengurniakan seorang ayah kpd aq...

mungkin kat luar sana ramai yg x memandang kasih sayang seorang ayah sampai x menghargai mereka sebagai seorang ketua keluarga...tapi hakikatnya apabila mereka da tiada kat dunia ni baru kesannya akan terasa...

aq ingat lagi cerita ibu aq mengenai aq ketika aq masih kecil...apabila aq tgk saudara mara aq didukung oleh ayah diorang...aq akan merengek kat bapak diorang utk dukung aq sekali...kadang2 aq pelik kenapa ayah diorang dukung diorang dan mana ayah aq sbb aq x pernah mengenali die pun...satu lagi hampir kesemua ayah saudara aq panggil dgn panggilan abah dan ayah bukannya pak cik...diorang pun memahami status aq sbg seorang anak yatim yg x pernah merasa kasih sayang seorang ayah dgn memberikan layanan sbg seorang  ayah kpd aq...tapi tu masih x mencukupi bg aq ...pastu bile aq menginjak usia 8 tahun ketika di sekolah ada tugasan mengenai mengarang sebuah karangan mengenai ayah...aq menulis berdasarkan apa yg aq lihat dan dengar mengenai seorang ayah melalui kehidupan aq...tapi dlm sudut hati aq tersentuh sbb aq x berpeluang merasai kasih sayang seorang ayah seperti menghantar aq ke sekolah, berbual dgn aq, mempunyai minat yg sama, membawa aq berjalan2 dan bercerita perkara2 yg berlaku dlm kehidupan seharian aq...

aq xtau perwatakan arwah ayah aq...yg aq dgr daripada ibu aq die adalah seorang yg baik dan ramah...muka die pun aq x tau camne tapi ibu aq bagi satu foto lama arwah ayah aq...dari situ aq tahu bagaimana paras rupa die...agak kacak..heheh...tapi kehidupan perlu diteruskan...ibu aq yg menjadi ayah dan ibu bg aq...mencari nafkah utk menyara kami berdua...tapi Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Besar....

sehinggalah aq berusia 10 tahun ibu aq berkahwin sekali lagi dgn ayah tiri aq....barulah aq merasai kasih sayang seorang ayah...tapi layanan yg diberikan x sama seperti ayah sendiri...

Ingatlah bahawa kasih sayang seorang ayah itu x jauh berbeza dgn kasih sayang seorang ibu yg inginkan anaknya menjadi seorang insan yg soleh....cuma cara mereka je yg berbeza daripada ibu kita...


TERIMA KASIH YA ALLAH