Wednesday, August 8, 2012

JIWA KENTAL~kadet tentera~part 2

Memori Kadet Tentera

Kesinambungan daripada post yg dulu berkaitan dengan minat aq terhadap alam ketenteraan....harini aq nak citer plak liku-liku aq dalam mengejar impian yg x kesampaian ni...X KESAMPAIAN!!! Pulok dahhh!!!.....mane taknya impian dari kecik menggunung nak jadi pegawai tentera tapi akhirnya menjadi pemegang kapur dan menulis di papan hitam (bakal cikgu ler)....ea memang berliku perjalanan tersebut...

Aq mula bergiat aktif dalam kadet ni sejak Form 1 sebab aq nampak ia lebih dekat dengan jiwa aq yg sukakan cabaran...banyak aktiviti kadet ni yg aq join walaupun masih setahun jagung seawal Form 1....pertandingan kawad kaki (terbaik di daerah sepanjang 5 tahun dan pencabar yang hebat di peringkat negeri dan wakil negeri ke peringkat kebangsaan GO), perkhemahan tahunan (paling syok sekali dapat menembak guna M16,rempuh halangan,pandu arah) dan banyak lagi aktiviti....walaupun pada mulanya aq seorang yang berkulit putih dan lepas masok terus transform jadi askar Gurkha (hehehe xd la hitam sgt)...bagi aq rasa sakit tu sebagai kebanggaan buat aq bukan melemahkan semangat aq dalam kadet ni...dah nama pun kadet tentera takkan latihan macam Pandu Puteri kot...mestilah ala ketenteraan....

masok Form 3 aq ad simpan angan-angan nak masok Maktab Tentera...dapat r jugak g interview tapi x terpilih...aq pun x tau mane silapnye @ kelemahan aq...tapi aq reda je mungkin Allah dah tentukan jalan yang lain buat aq....aq teruskan minat aq dalam kadet ni...

Form 5 pun aq masih menyimpan minat aq yg mendalam ni untuk masok Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)...tapi malangnya aq terlepas lagi...saat waktu tu aq tgk atas meja rakan aq mempunyai borang utk interview UPNM..aq pun bertanya "Wei ko ambik borang kat mane!!!" dan die menjawab "Pak cik aq ambikkan borang" aq tanya lagi "Aq nak!!!" yang paling perit apabila aq dengar ayat ni " Arini tarikh tamat untuk antar borang"....aq balik je aq rase kecewa utk kedua kalinya aq terlepas peluang...

Tapi bila aq da masok maktab perguruan ni...baru aq nampak satu lagi peluang dan mudah-mudahan peluang akan terbuka dan menjadi hak aq...ASKAR WATANIAH...ok apakan..2 karier dalam satu masa...jadi cikgu dan juga jadi askar simpanan...dua kerja ni adalah kerja yang mulia dan berlipat kali ganda kalo ikhlas..

So just enjoy my moment in cadet~~~ : )

PERKHEMAHAN























PERTANDINGAN KAWAD KAKI





PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN SEKOLAH DAN DAERAH




Wednesday, August 1, 2012

Bekalan Ke Jannah

Sering kali kita berkata ingin pergi ke suatu tempat yang lebih baik setelah menjalani kehidupan yang sementara ini...sebenarnya kita bukanlah nak pergi ke tempat tu tapi kita hendak pulang ke tempat tersebut iaitu tempat asal kita...dan tempat tersebut adalah JANNAH

Sebelum itu kita bukanlah pulang dengan tangan kosong dan tempat tersebut sudah terjamin untuk kita, sebaliknya kita perlu membawa bekalan yang secukupnya...Terdapat 4 perkara yang menjadi bekalan kita untuk ke sana iaitu :

1) Menyembunyikan sedekah

~Seberapa banyak pun seseorang hamba Allah itu bersedekah walau hanya RM1 pun selagi kita tidak menghebahkan amalan kita Allah akan menerima dan memberi ganjaran yang besar kepada hamba tersebut. Sebesar mana pun nilai wang, ianya tidak bernilai di sisi Allah s.w.t...yang bernilai di sisi Allah adalah NIAT hamba tersebut.

2) Menyembunyikan musibah

~Setiap manusia pasti ditimpa masalah dan musibah yang berbeza-beza...masalah dan musibah tersebut merupakan dugaan yg Allah beri kpd makhluk-Nya. Jika kita meminta simpati org lain dgn menceritakan musibah yg melanda diri, itu bermakna hamba tersebut telah kehilangan rasa nikmat kerana setiap ujian yg Allah timpakan kpd kita bukanlah dugaan yg terlampau berat dan mustahil utk dilepasi dan hanya iman yg mampu mendorong seseorang hamba utk terus berusaha dan bertahan dgn dugaan yg Allah berikan sehingga berjaya...dari situ kita akan dapat merasai suatu nikmat yg x dpt digambarkan

3) Menyambungkan silaturahim

~Orang yang menyambungkan hubungan silaturahim merupakan org yg mulia kerana dia telah menjaga hubungan antara sesama manusia...menyambung silaturahim bermakna memaaf atau memohon kemaafan daripada org yg pernah bersengketa dgn kita

4) Hati, bibir dan lidahnya sentiasa terbit kalimah La Haula Wala Kuwwata Illa Billa Hil Ali Hil 'Azim

~Segala kelebihan dan bakat yg ada pada kita semua ni adalah pemberian Allah dan bukanlah hak kita yg abadi kerana pada bila2 masa je kita punya nikmat dan kelebihan yg ada ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata.......Oleh itu, jika mendapat pujian atau penghargaan ucapkanlah kalimah tersebut kerana hanya Allah yg berhak mendapat pujian tersebut. Jangan sekali-kali pula timbul rasa riak dan takbur di dalam hati sebab apa????seperti yg diperkatakan tadi~~sekelip mata jeee Allah boleh hilangkan segala nikmat tersebut

Oleh itu, tingkatkanlah amalan kita terutamanya di bulan Ramadhan ini untuk mendapat keberkatan di atas amalan baik yang kita lakukan. Kita x pasti sama ada kita akan berjumpa dengan Ramadhan yg akan dtg....jd manfaatkanlah peluang yg ada ini utk mengejar ganjaran di bulan keberkatan ni... so~~~ renung2kan dan selamat beramal : )

Sunday, July 29, 2012

Kewajipan Mengatasi Masa

Sekadar Gambar Hiasan

Menurut Imam Hassan Al Banna, kewajipan lebih banyak daripada masa...

Oleh itu, tiada sebab untuk kita membazirkan masa...


Dari itu, perbanyakkan ibadat sunat~sekurang-kurangnya dapat menampung amalan kita yang serba serbi kekurangan tu~~~

Thursday, July 26, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Racun Dibalas Madu


Orang beri kita racun janganlah kita balas dengan racun juga....kerana takkan berkurang pun racunnya tapi makin bergelen-gelen racun yg ada...jadi usailah diturutkan kehendak amarah dengan menebal dan keras hati memaafkan itu lebih baik daripada menyimpan dendam...sedangkan nabi yang diperlakukan dan dilayan dengan buruk pun memaafkan umatnya...inikan kita manusia yang biasa...ingatlah bahawa kita hidup di dunia ni bukanlah ada yg sempurna...setiap orang ada kecacatannya tersendiri...Oleh itu, tunjukkan kebaikan dan senyuman kerana hikmahnya amat besar...dan tidak disangka-sangka rahmat pemberian-Nya jika bersikap begini...

"Jadilah Orang Yang Lambat Marah Tetapi Cepat Memaafkan,,Daripada Menjadi Orang Yang Cepat Marah Tetapi Lambat Memaafkan "