Wednesday, January 22, 2014

Pengisahan Kenegaraan...Sabah maiii!!!


Pertandingan Pengisahan Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia....suatu medium yang sesuai untuk menyebarkan nilai patriotisme dan semangat kenegaraan kita sebagai rakyat Malaysia...dan x terhad kepada satu-satu kaedah penyampaian dari segi sketsa, lakonan, teater, puisi, sajak dan lain-lain...

Aku sebenarnya x pernah terjebak dalam penglibatan aktiviti2 yg bercorak kesenian ni...dan aku x pernah tahu aku ada bakat atau x dalam bidang kesenian ni terutamanya dalam teater dan lakonan pentas ni....tapi x dpat dinafikan aku memang minat dengan semua tu...ialah aku ni dulu pasif x pernah tahu bakat sendiri dan kurang keyakinan lagi2 berhadapan dengan orang ramai....nak present tutorial dalam kelas yang hanya 27 orang pun dah goyang lutut nikan nak brhadapan dengan ribuan orang....

Pertandingan ni berlangsung pada tahun lepas...nak dijadikan cerita...Jabatan Pengajian Melayu mendapat surat daripada Jabatan Penerangan Malaysia daerah Kubang Pasu untuk menghantar wakil bagi pertandingan tersebut untuk dihantar mewakili daerah ke peringkat negeri...pensyarah Jabatan Pengajian Melayu merangkap mentor aku pun main petik nama aku dengan kawan aku iaitu Fakrul dan Lin...sebab kami pernah buat pementasan teater anjuran kelas kami (tu pun main bedal jer mainkan watak)...x sangka plak pensyarah nampak bakat kami..cehwah...poyo giler ayat...heheh

Pensyarah pun menyerahkan sepenuhnya ke atas kami dari segi kaedah, konsep dan jalan cerita penyampaian kami...mula2 blur gak r...mane taknye..kami bukan orang seni yg mahir...kami cuma bidan terjun jer...agaknye pensyarah pun x target kami untuk menang bawa pingat balik cuma sekadar ada penglibatan...

Jadi pagi petang siang malam kami berlatih...sebab pertandingan peringkat negeri cuma seminggu lebih dari tarikh pemberitahuan tu...nasib baik kakitangan kat Jabatan Penerangan Daerah byk membantu dan membimbing kami...akhirnya kami dapat tempat kedua (x sangka bole dapat tempat woooo)...tapi yg kami musykil sebab kami plak yg dihantar ke peringkat kebangsaan bukannya kumpulan yg dapat johan tu...katanya konsep kami lebih jelas dan menepati mesej sebab kami bawa tajuk Tunku Abdul Rahman manakala yg johan tu bawa tajuk Sudirman...

Jadi Sabah kami datang!!!!!!!!!!!!!.....dah kira pertandingan ni bagi peluang kami jalan2 sekali ler...hehehe...kami x target apa pun untuk stage ni sebab bila kami sampai jer kami rasa kami paling kerdil sekali sebab yg masuk pertandingan ni terdiri daripada sasterawan, seniman dan yg berbakat besar...ada yg masuk hampir sepuluh tahun...dan ada juga yg johan tahun lepas...yg bestnye diorang ni x sombong bahkan diorang kongsi pengalaman dan tips untuk jayakan persembahan...siap ada yg membantu lagi kat belakang pentas...

Apa yg penting adalah PENGALAMAN...








Bilik kami di Concord Hotel sebelum berangkat ke Sabah pada esoknya 










Makan malam di Downtown berdekatan KLIA 




Menunggu giliran pelepasan





Sebelum berlepas sarapan pagi duluuu... 







Bilik penginapan di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu, Sabah 



Tengah mencabut giliran persembahan 









Makan malam bersama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia 







Sesi latihan sebelum persembahan 




inilah dia pelakon-pelakonnya...dari kiri aq (Tunku Abdul Rahman), Lin (Ba'yah), Fakrul (Tun Abdul Razak) 







Kumpulan PENTERAMA 



Pengumuman peserta yg berjaya di peringkat saringan dan mara ke peringkat akhir (kami kalah) 




Kawan baru...dari IPG Bahasa 























Pertandingan peringkat akhir (kami penonton jer) 







Aksi mengalahkan menang OSCAR AWARD...hehehe 









Sesi bersiar-siar 



Time aq tgh tido ada jer yg snap senyap2 












Wednesday, January 15, 2014

Makhluk Yang Sering Bertandang

kucing yg ketiga selalu bertandang ke bilik aq....tempat aq menghilangkan bosan....kadang2 tercuit hati dgn makhluk yg kecik dan manja ni....









Wednesday, January 1, 2014

Penawar Hatiku


Apabila aku dalam keadaan bosan...sakit hati...bosan....inilah penawar hatiku...ADIK-ADIKKU...

Memang usia antara kami bertiga sangat jauh...mula-mula dulu masa aku kecik ingat lagi ibu aku tanya pada aku sama ada aku nak adik ke tidak????...bila ditanya macamtu apalagi mulut aku sepantas kilat cakap TAK!!!!!

Sebab apa dulu aku tengok adik beradik lagi-lagi kalau semuanya lelaki memang perang besar dan asyik gaduh jerr...tapi tanggapan aku mula berubah bila dapat adik aku yang pertama....

Yang pertama tu lahir masa usia aku 16 tahun...yang paling best baru seminggu lahir tangan nilah yang menjadi penjaga...mula-mula rasa x confident lagi-lagi memegang status lelaki...tapi ibu aku dorong aku dan cakap ni berlatih untuk jadi AYAH suatu hari nanti...kihkihkih....tu yang x boleh blah statement tu...dan masa tu pun muka ni jer yang tercongok kat rumah tu selain ibu aku dan baby comel yang baru lahir tu...so aku terpaksa membantu....mula-mula menggigil nak menyusu takut tersedak ke apa....lama-lama sampai aku pulak yang jadi tukang basuh najis, pakai lampin, tukang mandi, tidurkan...lagi-lagi time ayah aku takde kat rumah memang aku yang tukang berjaga malam jaga si kecik tu...

Bila yang nombor 2 tu lahir...memang dah sah2 muka ni jadi volunteer...hehehe...sebab dah berpengalaman katakan...hehehehe...ibu aku pun dah x ksah sangat nak fikir macam mane nak settlekan dua budak kecik ni....

Dan sekarang aku dah jadi babysitter diorang time cuti semester...itupun kalau aku berkelapangan dan juga kalau taska tempat mereka dijaga cuti...

Mereka nilah penawar hatiku...dengan gelagat mereka...kadang ada masa nak marah tapi kadang geli hati tengok telatah mereka...hilang aku punya beban fikiran...lagi-lagi diorang ni manja dengan aku...tabiat pelik diorang bila time aq cuti sem pagi2 lepas bangun tidur diorang lesap dari sebelah ibu aku setiap hari...bergandingan pergi bilik aku kacau tidur aku....RINDU katakan

Dan yang paling penting diorang ni tanggungjawab aku....






Saturday, December 14, 2013

Terangi Hati

"Sesiapa yang ingin Allah membuka dan menerangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang sia-sia, tinggalkan dosa dan maksiat, dan hendaklah ia memiliki ibadah yang tersembunyi antara dirinya dengan Allah s.w.t" - Imam As-Syafi'I

Pesanan Buat Mu Wahai DIRI :

1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA           ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI

Thursday, November 7, 2013

Aku Bukan Seorang Yang Baik Tetapi Aku Sedang Berusaha



Dunia ni penuh dengan macam ragam keseronokan...
Tapi x terlepas juga berbagai macam muslihat...
Setiap orang xkan terlepas dari terperangkap dan terjerat...
Hanya Iman sahaja yang menjadi penyelamat...
Siapa kata setiap orang kat dunia ni tak bercita-cita nak jadi baik...

Aku pun bercita-cita nak jadi baik, alim...
Tapi aku sentiasa goyah...ada yg kata nak jadi baik senang...
Pakai jer kopiah, jubah, bawa tasbih, p masjid...senang!!!
Memang ler senang...tapi itu dari sudut luaran...
dari sudut dalaman pula...bukannya sesuatu yang mudah
Bukan mudah nak kekalkan...Iman kita sentiasa terumbang ambing

Kita boleh tengok orang bersembahyang...kita kata baik..
tapi adakah dia benar-benar khusyuk atau melaksanakan sekadar memenuhi tuntutan...
Kita boleh tengok orang bersedekah...kita kata baik...
tapi adakah dia benar-benar ikhlas atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk...

Aku nak sangat menjadi baik...boleh ke engkauuuu menjadi seorang yang baik???
Kadang-kadang persoalan tu sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku...
Bisikan tu umpama memperkotak katikkan aku...
Aku bertegas dan dari sudut hati aku dengan lantang berkata
Aku MAMPU untuk menjadi orang yang baik...
tapi aku x terlepas dari terlalai dan leka...dari situ aku terasa dan tersedar betapa SWEETnya Allah

Sweetnya Allah...bila kita terlalai dan terleka dengan Dunia...
Dia kirimkan orang-orang yang dapat membimbing, menyedarkan kita dan memandu kita ke arah tanggungjawab sebenar kita....
Boleh jadi kawan, guru, orang asing....semua boleh jadi orang yang diutuskan Allah untuk sedarkan kita....
Dan bermacam-macam situasi dan keadaan Allah aturkan untuk sedarkan kita...
Tengah gaduh, dimarah, diabaikan...dan macam2 lagi
Cuma kita jer yg sedar atau x dengan keadaan tersebut...
Allah bagi dalam kelembutan...berbanding dengan umat zaman dahulu yg diberi 'cash' balasannya...

Sejak aku sedar tentang perkara tu...semakin kuat azam aku...
Ye!!! mungkin aku x mampu nak jadi seorang yang baik tetapi aku akan dan sedang berusaha sedaya upaya aku untuk menjadi seorang yang baik...
Yang menilai sama ada seseorang itu baik adalah Allah bukan manusia...

*Benar...xkan aku ambil lagi kaca... tetapi aku juga bukannya seorang yang jauhari yang masih x mengenal permata


Friday, November 1, 2013

Diam dan Bijaksana

Individu yang merasakan diri mereka terlalu bagus, akan sentiasa melihat orang lain dalam sudut yang negatif.

mungkin kamu seorang yang alim(berilmu) tetapi kamu belum tentu seorang yang hakim(bijaksana).alim mungkin boleh dipelajari dari kitab-kitab tetapi hakim ini satu kelebihan untuk melihat sesuatu yang kita tidak ketahui.jadi janganlah memperlekehkan sesiapa bila kamu merasai ilmu kamu itu tinggi berbandingnya

So...x payah nak duk sakit hati kita ambil langkah ni...

"Jika engkau duduk bersama orang bodoh, maka diamlah. Jika engkau duduk bersama ulama maka diamlah. Sesungguhnya diammu di hadapan orang bodoh akan menambah kebijaksanaanmu dan diammu di hadapan ulama akan menambah ilmumu" ~Sayidina Hasan al Basri~

win-win situation kannn????

Saturday, October 26, 2013

Exam Fever

Apabila tiba musim peperiksaan macam2 gaya, reaksi dan raut yang berbagai.....mudah-mudahan segala usaha kecil yang x seberapa ni diberkati Allah...aq harap dapat jawab semua soalan dengan tenang...yang paling penting jangan tension2....

Tapi sape yg x terlepas dari tension masa musim peperiksaan ni kan...setiap orang ada cara tersendiri nak mengatasinya...style aq plak iaitu aq lebih tenang dan tension aq kurang bila aq dengar suara ibu aq...sebab tu kalo seminggu exam tu hampir setiap hari aq call die...rasa tenang dan aman...pailang2 aq pun dalam hati tetap ada kelembutan...

lagi satu sebab aq nak dpt keberkatan dari ibu aq...ialah kalo study camne pun tapi x menyenangkan hati ibubapa xd keberkatan dan seterusnya rasa tertekan dan macam2 lagi...

So...good luck kepada sahabat2 semua utk hadapi paper masing2...anggap exam ni sebagai satu ujian dari Allah gak...ialah selama ni kita duk santai dan leka sampai masa Allah beri kita ujian dengan kesibukan utk mengulangkaji pelajaran dan tekanan...

So inilah reaksi aq sepanjang menghadapi exam dari semester 1 hingga sekarang kat IPDA ni.....