Sering kali kita berkata ingin pergi ke suatu tempat yang lebih baik setelah menjalani kehidupan yang sementara ini...sebenarnya kita bukanlah nak pergi ke tempat tu tapi kita hendak pulang ke tempat tersebut iaitu tempat asal kita...dan tempat tersebut adalah JANNAH
Sebelum itu kita bukanlah pulang dengan tangan kosong dan tempat tersebut sudah terjamin untuk kita, sebaliknya kita perlu membawa bekalan yang secukupnya...Terdapat 4 perkara yang menjadi bekalan kita untuk ke sana iaitu :
1) Menyembunyikan sedekah
~Seberapa banyak pun seseorang hamba Allah itu bersedekah walau hanya RM1 pun selagi kita tidak menghebahkan amalan kita Allah akan menerima dan memberi ganjaran yang besar kepada hamba tersebut. Sebesar mana pun nilai wang, ianya tidak bernilai di sisi Allah s.w.t...yang bernilai di sisi Allah adalah NIAT hamba tersebut.
2) Menyembunyikan musibah
~Setiap manusia pasti ditimpa masalah dan musibah yang berbeza-beza...masalah dan musibah tersebut merupakan dugaan yg Allah beri kpd makhluk-Nya. Jika kita meminta simpati org lain dgn menceritakan musibah yg melanda diri, itu bermakna hamba tersebut telah kehilangan rasa nikmat kerana setiap ujian yg Allah timpakan kpd kita bukanlah dugaan yg terlampau berat dan mustahil utk dilepasi dan hanya iman yg mampu mendorong seseorang hamba utk terus berusaha dan bertahan dgn dugaan yg Allah berikan sehingga berjaya...dari situ kita akan dapat merasai suatu nikmat yg x dpt digambarkan
3) Menyambungkan silaturahim
~Orang yang menyambungkan hubungan silaturahim merupakan org yg mulia kerana dia telah menjaga hubungan antara sesama manusia...menyambung silaturahim bermakna memaaf atau memohon kemaafan daripada org yg pernah bersengketa dgn kita
4) Hati, bibir dan lidahnya sentiasa terbit kalimah La Haula Wala Kuwwata Illa Billa Hil Ali Hil 'Azim
~Segala kelebihan dan bakat yg ada pada kita semua ni adalah pemberian Allah dan bukanlah hak kita yg abadi kerana pada bila2 masa je kita punya nikmat dan kelebihan yg ada ditarik balik oleh Allah dalam sekelip mata.......Oleh itu, jika mendapat pujian atau penghargaan ucapkanlah kalimah tersebut kerana hanya Allah yg berhak mendapat pujian tersebut. Jangan sekali-kali pula timbul rasa riak dan takbur di dalam hati sebab apa????seperti yg diperkatakan tadi~~sekelip mata jeee Allah boleh hilangkan segala nikmat tersebut
Oleh itu, tingkatkanlah amalan kita terutamanya di bulan Ramadhan ini untuk mendapat keberkatan di atas amalan baik yang kita lakukan. Kita x pasti sama ada kita akan berjumpa dengan Ramadhan yg akan dtg....jd manfaatkanlah peluang yg ada ini utk mengejar ganjaran di bulan keberkatan ni... so~~~ renung2kan dan selamat beramal : )
Wednesday, August 1, 2012
Sunday, July 29, 2012
Kewajipan Mengatasi Masa
Sekadar Gambar Hiasan
Menurut Imam Hassan Al Banna, kewajipan lebih banyak daripada masa...
Oleh itu, tiada sebab untuk kita membazirkan masa...
Dari itu, perbanyakkan ibadat sunat~sekurang-kurangnya dapat menampung amalan kita yang serba serbi kekurangan tu~~~
Dari itu, perbanyakkan ibadat sunat~sekurang-kurangnya dapat menampung amalan kita yang serba serbi kekurangan tu~~~
Thursday, July 26, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Racun Dibalas Madu
Orang beri kita racun janganlah kita balas dengan racun juga....kerana takkan berkurang pun racunnya tapi makin bergelen-gelen racun yg ada...jadi usailah diturutkan kehendak amarah dengan menebal dan keras hati memaafkan itu lebih baik daripada menyimpan dendam...sedangkan nabi yang diperlakukan dan dilayan dengan buruk pun memaafkan umatnya...inikan kita manusia yang biasa...ingatlah bahawa kita hidup di dunia ni bukanlah ada yg sempurna...setiap orang ada kecacatannya tersendiri...Oleh itu, tunjukkan kebaikan dan senyuman kerana hikmahnya amat besar...dan tidak disangka-sangka rahmat pemberian-Nya jika bersikap begini...
"Jadilah Orang Yang Lambat Marah Tetapi Cepat Memaafkan,,Daripada Menjadi Orang Yang Cepat Marah Tetapi Lambat Memaafkan "
Saturday, May 5, 2012
Nur Kasihku
Ya Allah...Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani....temukanlah daku dengan wanita yang melabuhkan ketaatan dan ibadatnya terhadapmu ya Allah agar bertambah kekuatan dan keimananku untuk mencari redhamu di dunia dan akhirat...dan dengan rahmatMu....berilah kebahagiaan kepadaku dan juga pendampingku itu nanti agar bersama-sama kami mencapai jannahMu ya Allah.....
Tuesday, May 1, 2012
Iman dan Islam
Aku baru sahaja mengikuti suatu forum yang diadakan di Universiti Utara Malaysia yang terletak di Sintok, Kedah pada beberapa hari yang lalu...forum tersebut bertajuk Fenomena Mahasiswa Lesu-antara penafian dan penyelesaian-.......mungkin IPG dan universiti mempunyai perbandingan yang agak ketara dari segi pendedahan kepada strategi pembelajaran...tetapi kami di bawah payung NGO iaitu PEMBINA ingin mengikuti forum seperti ini untuk memantapkan lagi pemerolehan ilmu melalui pendedahan-pendedahan seperti ini...
forum tersebut bukanlah sebuah forum yang agak serius dan hanyalah sebuah perbincangan yang biasa...tetapi dalam keringkasan perbincangan yang dilakukan oleh ahli panel aku tertarik dengan suatu dorongan dan faktor yang diberi bagi menangani penyakit mahasiswa lesu ini yang mempunyai maksud yang dalam dan berkesan bagi aku...
Kata-kata tersebut adalah "Islam diibaratkan sebagai tiang seri yang mengukuhkan kehidupan seseorang dan islam itu sebagai tunjang kehidupan,Iman adalah suatu bentuk dorongan di mana iman itu menggerakkan usaha bukannya melumpuhkan atau menghentikan usaha...apabila setiap individu mempunyai Iman nescaya seluruh tubuh secara automatiknya akan melaksanakan tuntutan yang memerlukan sesuatu perkara dilakukan dengan sendirinya yang membawa kebaikan kepada tubuh badan itu sendiri..."
Aku menyokong kata-kata itu...cuba kita lihat mahasiswa kita sekarang di mana kelesuan itu terlalu menyerlah tatkala kita mencari seorang yang beramal dengan ilmu tetapi bertemu dengan penghafal ilmu dan juga individu suapan yang perlu diberi ilmu sentiasa bukannya menjadi pencari ilmu semata-mata ...ilmu yang dihafal akan hilang jika tidak beramal....individu yang suka disuap pula tidak akan dapat kemahiran dan strategi mencari ilmu kesudahannya akan tersungkur jika tidak mendapat bantuan....lesu di sini bukanlah bermaksud tidak bermaya atau kurang beransang dalam akademik tetapi seorang mahasiswa yang bijaksana tetapi ke manakah dia memanfaatkan ilmu yang diperoleh...adakah hanya dalam dunia mahasiswa sahaja atau dikembangkan lagi dan diaplikasi dalam kehidupan...dan bagi kita sebagai umat Islam adakah kita perlu menyerahkan diri kita kepada Allah tanpa sebarang usaha dan menerima seadanya..maaflah kalau saya katakan bahawa 'yang bulat takkan datang bergolek...yang pipih takkan datang melayang'
Apabila kita berbalik kepada konsep kehidupan...memang benarlah dan tersangat bnarlah kata-kata tersebut...Iman dan kehidupan tidak boleh dipisahkan...apabila kita mempunyai Iman yang kukuh insyallah kehidupan kita akan sentiasa mengecapi kejayaan....ini adalah kerana iman akan mendorong usaha untuk gigih melakukan perkara-perkara yang positif...

"Iman,Islam dan Kejayaan di dunia dan Akhirat"
Monday, April 23, 2012
Srkandi Hidupku
Jarak yang jauh ini mungkin amat menyeksakan tetapi apabila di renung dan difikirkan hikmah ketentuan-Nya adalah amat besar sekali....ya Allah aku bersyukur kerana Engkau telah mempertemukan aku dengan si dia...aku telah banyak berubah sejak kasih mula berputik di hati...walaupun aku hanya dapat memandang si dia dari jauh dan membelai si dia melalui doa yang ku tujukan untuknya di dalam solat...aku amat bahagia melakukan itu dan mengharapkan engkau akan menjadi milikku suatu hari nanti...walaupun impian itu belum tentu pasti menjadi nyata...namun akanku terus lakukan sedemikian dan jika jodoh kita telah tertulis dalam takdir ketentuan Allah...
"Inni Uhhibbuka Fillah"
Subscribe to:
Posts (Atom)