Pepatah Melayu ada mengatakan malang tidak berbau....itulah yang terjadi pada diri aq apabila degil dgn sikap keegoaan aq...ia berlaku sejurus aq pulang dari kerja pukul 5.30 petang dan pada waktu tu hujan renyai2 selepas hujan yg lebat di sebelah tengah harinya...
x sampai 1 km perjalanan dari tempat kerja aq terlibat dgn kemalangan motor di traffic light kat selekoh plak tu sbb bawak laju dan x sempat brek...nasib baik aq x langgar divider jalan...seram jugak tu bile motor aq ni tergelincir di atas jalan yg basah dgn kelajuan yang agak tinggi dan mata ni tepat melihat divider jalan dan aq terseret hampir2 mengenai divider jalan tersebut...
aq dgn muka yg tebal menahan malu sbb menjadi bahan pertunjukan dan tontonan orang di sekeliling dan pemandu yg memperlahankan kenderaan diorang di samping rasa sakit yg sedang ditanggung...dlm hati aq membebel "bukan nak tolong pun"...
dlm hati aq bersyukurla aq masih selamat dan sempat plak tu terfikir pasal maktab aq belajar.....nasib baik calar kat tangan dgn kaki serta terkehel kaki kanan...x serius mana pun...moto pun alrighhhtttt....cuma calar dan handle senget tapi small matter...
peringatan kepada rider2 motor kat luar sana tu...secengkam dan semahal mana pun tayar moto korang tu kalo da bawak laju lagi2 tgh hujan alamatnya beginilah nasibnya x pun lagi teruk...
mintak2 pulih sebelum minggu kuliah bermula!!!!!!
Wednesday, December 12, 2012
Sunday, November 11, 2012
Pengajaran Dalam Jenaka
Alkisah dua orang pelajar syariah tengah makan tengahari.
Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.
Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.
Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!
Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.
Pelajar A: . . .
--
Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
A: Tadi kata berpasangan?
B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3 ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.
A: . . .
--
Tak sampai seminit, si B tambah lagi!
A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?
B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?
A: Nafsu pulak . . .
--
A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!
A: Kuat betul nafsu engkau!
B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!
A: Pandai-pandai je...
--
Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
A: Hai... solat sunat pulak ke?
B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.
A: . . .
--
A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.
A: Hebat gila selera engkau.
B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.
A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.
B: Apa dia?
A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya makan dengan SATU perut?
B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!
A: (tepuk dahi kuat-kuat)
--------------------
Kesimpulan:
Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai !
Tuesday, October 23, 2012
Takut dan Potensi Diri
"Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri..."
Aq dapat kata-kata hikmat ni dari seorang teman yang boleh dikatakan seorang yang berfalsafah...
Apa yg die kata memang banyak kaitannya dgn aq...aq akui memang aq dari segi luaran nampak lemah...banyak kelemahan aq dari pelbagai aspek...takut utk berhadapan dgn org...x berani menyuarakan pendapat kerana takut pendapat tersebut x diterima tetapi dikomen dgn teruk...dpandang rendah....x menonjol...aq selalu mengadu kat die bile ada masalah...
Pastu die ckp..."ko jgn down...setiap manusia di muka bumi Allah ni dijadikan sama saja...sempurna, cerdik, cantik...cuma byk faktor yg membezakan kehidupan seseorang tersebut macam background keluarga, persekitaran fizikal dan byk lagi....tapi ada satu faktor yg menjadi penghalang kpd setiap manusia utk menzahirkan kehebatan dan kelebihan dalam diri die iaitu TAKUT...takut utk buat salah..takut utk mencuba...takut akan pandangan orang...kita dalam dunia ini kene hidup dalam tiga cara...yang pertama secara bersosial dgn masyarakat...kedua dalam hidup kita kene ada dimensi sendiri dimana dimensi tersebut kita yang cipta maksudnya kalo kita nak sesuatu yang bermakna dalam hidup kita perlu rancang matlamat tersebut dalam dimensi kita umpamanya kita ni adalah arkitek bagi dimensi kita...kita yang reka bentuknya, kita yang hiasinya dan kita yang menjaganya....ketiga kita perlu ada pegangan agama yang mana kita dapat rasa kemanisan hidup ni dgn lebih bermakna..."
Thnx der sbb bg ayat power sampai menusuk ke kalbu aq...buktinya aq sekarang sedikit demi sedikit mengikis ketakutan aq terhadap perkara2 yg aq takuti selama ni....cuma orang lain xkan perasan dgn perubahan aq...almaklumlah orang x famous..jadi buat apa orang nak ambik tau...heheh...
Dan aq sekarang sedar buat apa hidup sekadar nak mendapat penghargaan daripada orang lain ataupun pujian daripada orang lain...kita hidup perlu berlandaskan matlamat kita sendiri apa tujuan kita hidup di dunia ini...oleh itu persoalan hidup ini berbalik kpd soal agama kerana kita kena seimbangkan unsur kerohanian dgn duniawi...barulah hidup itu bermakna....
Monday, October 22, 2012
Dua Kali Pandang
Orang yang x mengenali aq mesti tgk cam skema jea....pastu pendiam kalo ditanya sepatah aq jawab sepatah x pun separuh daripada sepatah...hehe...memandangkan tgh EXAM FEVER ni saja lari sekejap bg refresh otak yg tgh tepu dgn fakta sejarah ni....
Orang yg tgk aq diam jgn di sangka aq ni x hiperaktif...BUKTINYA!!!!
Oleh itu, jgn sekali pandang je tgk aq....lebih2 sikit pandang aq baru kenai tahu perangai aq yg serba hiperaktif dan banyak mulut ni...heheh....
ni pun salah satu cara aq hilangkan stress dgn buat benda bukan2 ni....tapi bukan buat selalu!!!!!!
KADANG-KADANG je....
Orang yg tgk aq diam jgn di sangka aq ni x hiperaktif...BUKTINYA!!!!
Oleh itu, jgn sekali pandang je tgk aq....lebih2 sikit pandang aq baru kenai tahu perangai aq yg serba hiperaktif dan banyak mulut ni...heheh....
ni pun salah satu cara aq hilangkan stress dgn buat benda bukan2 ni....tapi bukan buat selalu!!!!!!
KADANG-KADANG je....
Thursday, September 27, 2012
Taubatan Nasuha
astaghfirullah minal khotoya (2x)
robbizidni ilman nafiah
wawafikli amalan nakula
wahabbi rizkon wa si`a
watub alaina taubatan nasuha (2x)
astaghfirullah robbal baroya
astaghfirullah minal khotoya (2x)
robbizidni bil man nafiah
wawafikli amalan nakula
wahabbi rizkon wa si`a
watub alaina taubatan nasuha (2x)
astaghfirullah robbal baroya
astaghfirullah minal khotoya (2x)
Maksudnya
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…
Amarah Seorang Mujahid
Amati Bagaimana Amarahnya
Sebaik-baik orang adalah yang diam
jika dia marah.
Jika pun berkata, dia sekadar
mengungkapkan hal yang dia tidak
suka tanpa menyebut anda dengan sebutan
yang buruk.
Wanita Solehah
Wanita solehah itu tak suka mengenali dan dikenali,
tak suka memandang dan dipandang,
serta dibibirnya tak meniti nama-nama lelaki,
dan di bibir-bibir lelaki tak meniti namanya.
Wanita yg menawarkan diri sbg isteri kepada lelaki yg
baik bukan satu kecacatan sebaliknya tanda tinggi hasratnya
kepada kebaikan :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
