Friday, February 14, 2014
KEBAIKAN MUNGKIN MEMBAWA KE NERAKA
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dosa membawa insan ke neraka. Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga. Itulah hasil yang sepatutnya. Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah. Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.
Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga. Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke neraka.
Ujub
Ujub atau kagum dengan diri sendiri adalah penyakit rohani yang kronik. Dalam kalangan manusia, ada yang merasa sombong dengan amalan agamanya sehingga melihat orang lain hina di sisi Allah dibandingkan dirinya. Dengan kesombongan itu dia meminta orang mencium tangannya atau meminum bekasnya ataupun mengambil syafaat darinya. Jika itu perkara berlaku tanpa permintaannya, tidak mengapa. Tidak dinafikan pun keberkatan Allah yang diturunkan untuk orang-orang soleh. Namun apabila ada manusia merasakan merekalah merupakan orang soleh yang diturunkan keberkatan itu, bagai sudah pasti ahli syurga sementara orang lain adalah pendosa yang memerlukan syafaat mereka untuk ke syurga, maka itu adalah tanda ujub, sombong dan riyak. Ia mengheret ramai yang bersolek dengan solekan agama ke neraka.
Sabda Nabi s.a.w:
“Tiga pembinasa; iaitu: kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang dituruti dan kekaguman seseorang dengan dirinya sendiri” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani, al-‘Uqaili dll. Hadis berstatus hasan)
Dosa ke syurga?
Jangan hairan bahawa jika nanti di akhirat ada dalam kalangan mereka yang kelihatan pernah melakukan dosa di dunia ini menuju ke syurga. Bagaimana?
Ya, terdapat insan yang apabila dia melakukan dosa, dia tersangat menyesal. Dia bertaubat dan sentiasa merasa hina diri di hadapan Allah Yang Maha Agung. Terasa kesalahan itu mengikuti setiap langkahnya. Malu kepada Allah meliputi perasaannya. Segala ibadah yang dia lakukan dirasakan kerdil dan kecil. Dia bertungkus lumus membaiki diri lebih dari keadaannya sebelum terjatuh ke dalam dosa tersebut.
Timbul rasa tawaduk dalam jiwanya. Apabila dia melihat orang lain dia merasa betapa mereka lebih mulia daripadanya di sisi Allah kerana dia seorang yang berdosa. Segala kesombongan dalam jiwanya dikikis apabila dia mengenangkan dosa-dosanya itu. Mungkin orang lain tidak tahu tentang dosanya, namun dia sendiri tahu dan Allah Maha Mengetahui. Betapa dia bersyukur kerana Allah menutupkan keaibannya, ataupun memberikan ruang untuk dia terus hidup sekalipun dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka kalau demikianlah keadaan, dosa-dosanya itu membawanya ke syurga dengan izin Allah.
Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah:
“Antaranya, bahawa sesungguhnya Allah apabila mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hambaNYA, DIA jadikan hamba itu lupa gambaran ketaatan-ketaatan yang telah dia lakukan. Diangkat itu semua dari jantung hati dan lidahnya (tidak membangkit-bangkitkannya). Apabila dia diuji dengan dosa, Allah jadikan dosa itu memenuhi ruang matanya, dia lupa segala amalan baiknya dan dia jadikan segala ingatan dukanya terhadap dosanya. Sentiasa dosanya itu berada di hadapannya, semasa dia berdiri, duduk ataupun berjalan. Maka inilah sumber rahmat pada dirinya. Ini seperti kata sebahagian Salaf Soleh: “Sesungguhnya ada hamba Allah melakukan dosa, lantas dengan dosa itu dia masuk syurga. Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”. Bagaimana demikian? Sebabnya, dia melakukan dosa lalu sentiasa dosa itu memenuhi matanya, setiap kali dia ingat dia akan menangis, menyesal, beristighfar, merendah diri kepada Allah, kembali kepadaNYA, merasa hina dan pasrah. Lantas dia beramal dengan amalan-amalan soleh maka itu menjadi sebab kerahmatan untuk dirinya” (1/445-446. Beirut: Muassasah Fuaad).
Pahala Ke Neraka?
Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga. Namun jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah. Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya. Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.
Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi: “Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.
Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut:
“Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka. Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya)” (ibid, 1/446).
Pakaian Agama
Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lengangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.
Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut:
“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur”
Apatahlagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi s.a.w ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain. Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah:
“Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 1"
CREDIT TO : http://drmaza.com/
Monday, February 10, 2014
Adab-adab Berdoa
Allah berfirman:
Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.
② Berdoa dengan penuh yakin
Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”:
“Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). ”
Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!”
“Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.
③ Memohon Sebanyak Tiga Kali
Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata:
Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)
④ Berselawat Kepada Nabi S.A.W.
Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim
⑥ Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
⑦ Berwudhu’ Sebelum Berdoa
Berkata Abu Musa (ra): Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa:
Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
⑧ Berdoa Sambil Menangis
Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)
Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku ”, (sambil baginda menangis).
Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.):
Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya:
“Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu ”. (HR Imam Muslim)
⑨ Berdoa Dengan Merendah Diri
Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
⑩ Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa sahaja.
Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih
Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman:
“Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.”
H.R. Bukhari.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah),
bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Al Baqarah: 186
Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
① Berdoalah dengan suara yang lembut
Al Baqarah: 186
Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
① Berdoalah dengan suara yang lembut
Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.
Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”:
“Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). ”
Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!”
“Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.
③ Memohon Sebanyak Tiga Kali
Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata:
Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)
④ Berselawat Kepada Nabi S.A.W.
Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w.
(Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
⑤ Menghadap Qiblat.
⑤ Menghadap Qiblat.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim
⑥ Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
⑦ Berwudhu’ Sebelum Berdoa
Berkata Abu Musa (ra): Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa:
Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
⑧ Berdoa Sambil Menangis
Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)
Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku ”, (sambil baginda menangis).
Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.):
Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya:
“Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu ”. (HR Imam Muslim)
⑨ Berdoa Dengan Merendah Diri
Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
⑩ Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa sahaja.
Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih
Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman:
“Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.”
H.R. Bukhari.
CREDIT TO
http://ainnulmardhiah.blogspot.com/
Sunday, February 2, 2014
Friday, January 31, 2014
Hidayah Milik Allah
Mereka yang telah berhijrah, kadang - kadang kita teringat masa lalu. Yang penuh dengan maksiat, yang penuh dengan dosa.
Hati mula terdetik,
" Kenapa la dulu aku tak kenal agama? "
" Kenapa dulu aku tak masuk sekolah pondok? "
" Kenapa dari dulu aku tak jumpa sahabat yang membawa aku ke jalan Allah S.W.T? "
Yakin ka bila dulu kita sekolah pondok, akhirnya kita akan alim? Sesungguhnya Hidayah itu milik Allah S.W.T. Pelacur kelas atasan pun mampu menghuni syurga kelas atasan dengan izin-Nya.
Dalam hidup ada 3 perkara,
1 - masa lalu;
iaitu masa yang telah pergi meninggalkan kita. Dan tidak akan lagi ia kembali bersama kita. Menagih sampai mati pun tidak akan ia datang.
2 - masa depan;
iaitu masa yang belum terjadi. Kita tidak tahu bagaimana kita pada masa akan datang. Ia hanyalah sebuah angan - angan.
3 - dan masa sekarang;
iaitu apa yang kita buat sekarang. Yang sedang membaca catatan ini. Mengadap depan skrin komputer.
Lupakan masa lalu, jangan fikirkan masa depan. Usahakan waktu sekarang yang kita lalui, kerana ia adalah waktu yang nyata.
masa lalu kita tidak boleh lalui dah, dan masa depan belum tentu ada untuk kita.
Bila nak bertaubat? waktu sekarang la
Bila nak menyesal? waktu sekarang la
Bila nak solat? waktu sekarang la

Wednesday, January 22, 2014
Pengisahan Kenegaraan...Sabah maiii!!!
Pertandingan Pengisahan Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia....suatu medium yang sesuai untuk menyebarkan nilai patriotisme dan semangat kenegaraan kita sebagai rakyat Malaysia...dan x terhad kepada satu-satu kaedah penyampaian dari segi sketsa, lakonan, teater, puisi, sajak dan lain-lain...
Aku sebenarnya x pernah terjebak dalam penglibatan aktiviti2 yg bercorak kesenian ni...dan aku x pernah tahu aku ada bakat atau x dalam bidang kesenian ni terutamanya dalam teater dan lakonan pentas ni....tapi x dpat dinafikan aku memang minat dengan semua tu...ialah aku ni dulu pasif x pernah tahu bakat sendiri dan kurang keyakinan lagi2 berhadapan dengan orang ramai....nak present tutorial dalam kelas yang hanya 27 orang pun dah goyang lutut nikan nak brhadapan dengan ribuan orang....
Pertandingan ni berlangsung pada tahun lepas...nak dijadikan cerita...Jabatan Pengajian Melayu mendapat surat daripada Jabatan Penerangan Malaysia daerah Kubang Pasu untuk menghantar wakil bagi pertandingan tersebut untuk dihantar mewakili daerah ke peringkat negeri...pensyarah Jabatan Pengajian Melayu merangkap mentor aku pun main petik nama aku dengan kawan aku iaitu Fakrul dan Lin...sebab kami pernah buat pementasan teater anjuran kelas kami (tu pun main bedal jer mainkan watak)...x sangka plak pensyarah nampak bakat kami..cehwah...poyo giler ayat...heheh
Pensyarah pun menyerahkan sepenuhnya ke atas kami dari segi kaedah, konsep dan jalan cerita penyampaian kami...mula2 blur gak r...mane taknye..kami bukan orang seni yg mahir...kami cuma bidan terjun jer...agaknye pensyarah pun x target kami untuk menang bawa pingat balik cuma sekadar ada penglibatan...
Jadi pagi petang siang malam kami berlatih...sebab pertandingan peringkat negeri cuma seminggu lebih dari tarikh pemberitahuan tu...nasib baik kakitangan kat Jabatan Penerangan Daerah byk membantu dan membimbing kami...akhirnya kami dapat tempat kedua (x sangka bole dapat tempat woooo)...tapi yg kami musykil sebab kami plak yg dihantar ke peringkat kebangsaan bukannya kumpulan yg dapat johan tu...katanya konsep kami lebih jelas dan menepati mesej sebab kami bawa tajuk Tunku Abdul Rahman manakala yg johan tu bawa tajuk Sudirman...
Jadi Sabah kami datang!!!!!!!!!!!!!.....dah kira pertandingan ni bagi peluang kami jalan2 sekali ler...hehehe...kami x target apa pun untuk stage ni sebab bila kami sampai jer kami rasa kami paling kerdil sekali sebab yg masuk pertandingan ni terdiri daripada sasterawan, seniman dan yg berbakat besar...ada yg masuk hampir sepuluh tahun...dan ada juga yg johan tahun lepas...yg bestnye diorang ni x sombong bahkan diorang kongsi pengalaman dan tips untuk jayakan persembahan...siap ada yg membantu lagi kat belakang pentas...
Apa yg penting adalah PENGALAMAN...
Bilik kami di Concord Hotel sebelum berangkat ke Sabah pada esoknya
Makan malam di Downtown berdekatan KLIA
Menunggu giliran pelepasan
Sebelum berlepas sarapan pagi duluuu...
Bilik penginapan di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu, Sabah
Tengah mencabut giliran persembahan
Makan malam bersama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia
Sesi latihan sebelum persembahan
inilah dia pelakon-pelakonnya...dari kiri aq (Tunku Abdul Rahman), Lin (Ba'yah), Fakrul (Tun Abdul Razak)
Kumpulan PENTERAMA
Pengumuman peserta yg berjaya di peringkat saringan dan mara ke peringkat akhir (kami kalah)
Kawan baru...dari IPG Bahasa
Pertandingan peringkat akhir (kami penonton jer)
Aksi mengalahkan menang OSCAR AWARD...hehehe
Sesi bersiar-siar
Time aq tgh tido ada jer yg snap senyap2
Subscribe to:
Posts (Atom)