Sunday, August 12, 2012

Diari Seorang Lelaki

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai jantina...ada yang kata jadi lelaki senang lepas tu ada yang kata jadi wanita senang...tapi apa yang aq nak tekankan pada entry kali ni ialah pada lelaki yang merupakan pada pandangan aq sendiri...

Lelaki...dari segi luaran mungkin seorang yang dikatakan kuat, pendiriannya teguh sehingga sampai satu masa  digelar ego...kadang-kadang kerana satu persoalan yang ringkas menjadi satu perdebatan yang hebat untuk membuktikan bahawa dirinya benar dan sentiasa betul...

Spesies ini juga menjadi tonggak kepada sesuatu organisasi...tengoklah apabila pemilihan ketua kepada sesuatu program atau projek mesti semua jari menuding ke arah lelaki dalam proses perlantikan...wanita pun ada juga tetapi kebiasaannya lelaki...sebab lelaki dikatakan mempunyai sifat kepimpinan...satu lagi aq copy paste trademark lecturer aq...dia kata wanita memang rajin bab-bab buat kerja tapi setiap kumpulan assignment mesti kene ada lelaki sebab OTAK DEPA UNIK SIKIT, PEMIKIRAN DIORANG BERBEZA DAN BERNAS walaupun pemalas...hehehe

Tetapi kehadiran wanita merupakan panahan yang cukup untuk memusnahkan seorang lelaki...bukan memusnahkan dan menghancurkan hidup lelaki tersebut tetapi menghancurkan tembok ego yang sebelum ni kukuh yang diperbuat daripada segala jenis batu sehinggakan boleh tunduk di bawah telunjuk seorang wanita...

Lelaki sangat lemah dalam soal hati sehinggakan boleh memudaratkan diri kalau tidak mengawalnya dengan akal fikiran yang waras...

Tetapi wanita juga adalah kekuatan luar biasa bagi seorang lelaki...seorang wanita mampu mengubah seorang lelaki buta huruf menjadi penulis novel, seorang muslimin menjadi alim ulamak, dan seorang lelaki yang dipimpin menjadi seorang yang memimpin

Lelaki juga mempunyai sifat sabar yang tinggi...

p/s : diri ini sangat lemah...di luar mungkin nampak ceria dan riang tetapi hati ini sentiasa terusik...kata-kata positif sentiasa terbit dari bibir bagi mengubati hati yang terusik tersebut..keceriaan dan kegirangan tersebut hanyalah sebagai topeng bagi mengelakkan orang lain mengetahui duka di hati...diri ini sedar banyak kelemahan yang zahir...ibarat mengejar puncak gunung tetapi hanya larat di kaki bukit sahaja...ingin menggapai bintang di cakerawala tetapi langit pun x dapat ditembusi...dan berhajatkan seorang puteri sedangkan diri hanyalah Mat Jenin yang hanya tahu bermimpi...sedangkan diri sendiri x diterokai lagi apatah lagi meneroka diri orang lain...penantian dan pengharapan...wujud tatkala diri tidak mampu mengzahirkan citra manusia...aq x sempurna dan mungkin takkan pernah sempurna di pancainderanya...menyebabkan kalimah azimat x mampu terungkap bahkan terperangkap di sudut hati...takut yg diharapkan x menjadi...biarlah aliran dan penantian tersebut ditentukan Ilahi....

No comments:

Post a Comment