Thursday, November 7, 2013

Aku Bukan Seorang Yang Baik Tetapi Aku Sedang Berusaha



Dunia ni penuh dengan macam ragam keseronokan...
Tapi x terlepas juga berbagai macam muslihat...
Setiap orang xkan terlepas dari terperangkap dan terjerat...
Hanya Iman sahaja yang menjadi penyelamat...
Siapa kata setiap orang kat dunia ni tak bercita-cita nak jadi baik...

Aku pun bercita-cita nak jadi baik, alim...
Tapi aku sentiasa goyah...ada yg kata nak jadi baik senang...
Pakai jer kopiah, jubah, bawa tasbih, p masjid...senang!!!
Memang ler senang...tapi itu dari sudut luaran...
dari sudut dalaman pula...bukannya sesuatu yang mudah
Bukan mudah nak kekalkan...Iman kita sentiasa terumbang ambing

Kita boleh tengok orang bersembahyang...kita kata baik..
tapi adakah dia benar-benar khusyuk atau melaksanakan sekadar memenuhi tuntutan...
Kita boleh tengok orang bersedekah...kita kata baik...
tapi adakah dia benar-benar ikhlas atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk...

Aku nak sangat menjadi baik...boleh ke engkauuuu menjadi seorang yang baik???
Kadang-kadang persoalan tu sentiasa terngiang-ngiang di telinga aku...
Bisikan tu umpama memperkotak katikkan aku...
Aku bertegas dan dari sudut hati aku dengan lantang berkata
Aku MAMPU untuk menjadi orang yang baik...
tapi aku x terlepas dari terlalai dan leka...dari situ aku terasa dan tersedar betapa SWEETnya Allah

Sweetnya Allah...bila kita terlalai dan terleka dengan Dunia...
Dia kirimkan orang-orang yang dapat membimbing, menyedarkan kita dan memandu kita ke arah tanggungjawab sebenar kita....
Boleh jadi kawan, guru, orang asing....semua boleh jadi orang yang diutuskan Allah untuk sedarkan kita....
Dan bermacam-macam situasi dan keadaan Allah aturkan untuk sedarkan kita...
Tengah gaduh, dimarah, diabaikan...dan macam2 lagi
Cuma kita jer yg sedar atau x dengan keadaan tersebut...
Allah bagi dalam kelembutan...berbanding dengan umat zaman dahulu yg diberi 'cash' balasannya...

Sejak aku sedar tentang perkara tu...semakin kuat azam aku...
Ye!!! mungkin aku x mampu nak jadi seorang yang baik tetapi aku akan dan sedang berusaha sedaya upaya aku untuk menjadi seorang yang baik...
Yang menilai sama ada seseorang itu baik adalah Allah bukan manusia...

*Benar...xkan aku ambil lagi kaca... tetapi aku juga bukannya seorang yang jauhari yang masih x mengenal permata


No comments:

Post a Comment