Wednesday, August 8, 2012

JIWA KENTAL~kadet tentera~part 2

Memori Kadet Tentera

Kesinambungan daripada post yg dulu berkaitan dengan minat aq terhadap alam ketenteraan....harini aq nak citer plak liku-liku aq dalam mengejar impian yg x kesampaian ni...X KESAMPAIAN!!! Pulok dahhh!!!.....mane taknya impian dari kecik menggunung nak jadi pegawai tentera tapi akhirnya menjadi pemegang kapur dan menulis di papan hitam (bakal cikgu ler)....ea memang berliku perjalanan tersebut...

Aq mula bergiat aktif dalam kadet ni sejak Form 1 sebab aq nampak ia lebih dekat dengan jiwa aq yg sukakan cabaran...banyak aktiviti kadet ni yg aq join walaupun masih setahun jagung seawal Form 1....pertandingan kawad kaki (terbaik di daerah sepanjang 5 tahun dan pencabar yang hebat di peringkat negeri dan wakil negeri ke peringkat kebangsaan GO), perkhemahan tahunan (paling syok sekali dapat menembak guna M16,rempuh halangan,pandu arah) dan banyak lagi aktiviti....walaupun pada mulanya aq seorang yang berkulit putih dan lepas masok terus transform jadi askar Gurkha (hehehe xd la hitam sgt)...bagi aq rasa sakit tu sebagai kebanggaan buat aq bukan melemahkan semangat aq dalam kadet ni...dah nama pun kadet tentera takkan latihan macam Pandu Puteri kot...mestilah ala ketenteraan....

masok Form 3 aq ad simpan angan-angan nak masok Maktab Tentera...dapat r jugak g interview tapi x terpilih...aq pun x tau mane silapnye @ kelemahan aq...tapi aq reda je mungkin Allah dah tentukan jalan yang lain buat aq....aq teruskan minat aq dalam kadet ni...

Form 5 pun aq masih menyimpan minat aq yg mendalam ni untuk masok Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM)...tapi malangnya aq terlepas lagi...saat waktu tu aq tgk atas meja rakan aq mempunyai borang utk interview UPNM..aq pun bertanya "Wei ko ambik borang kat mane!!!" dan die menjawab "Pak cik aq ambikkan borang" aq tanya lagi "Aq nak!!!" yang paling perit apabila aq dengar ayat ni " Arini tarikh tamat untuk antar borang"....aq balik je aq rase kecewa utk kedua kalinya aq terlepas peluang...

Tapi bila aq da masok maktab perguruan ni...baru aq nampak satu lagi peluang dan mudah-mudahan peluang akan terbuka dan menjadi hak aq...ASKAR WATANIAH...ok apakan..2 karier dalam satu masa...jadi cikgu dan juga jadi askar simpanan...dua kerja ni adalah kerja yang mulia dan berlipat kali ganda kalo ikhlas..

So just enjoy my moment in cadet~~~ : )

PERKHEMAHAN























PERTANDINGAN KAWAD KAKI





PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN SEKOLAH DAN DAERAH




No comments:

Post a Comment