Thursday, September 27, 2012

Taubatan Nasuha

astaghfirullah robbal baroya
astaghfirullah minal khotoya (2x)

robbizidni ilman nafiah
wawafikli amalan nakula
wahabbi rizkon wa si`a
watub alaina taubatan nasuha (2x)

astaghfirullah robbal baroya
astaghfirullah minal khotoya (2x)

robbizidni bil man nafiah
wawafikli amalan nakula
wahabbi rizkon wa si`a
watub alaina taubatan nasuha (2x)

astaghfirullah robbal baroya
astaghfirullah minal khotoya (2x)

Maksudnya

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

Amarah Seorang Mujahid


Amati Bagaimana Amarahnya
Sebaik-baik orang adalah yang diam 
jika dia marah. 
Jika pun berkata, dia sekadar 
mengungkapkan hal yang dia tidak 
suka tanpa menyebut anda dengan sebutan
 yang buruk.

Wanita Solehah


Wanita solehah itu tak suka mengenali dan dikenali,
tak suka memandang dan dipandang,
serta dibibirnya tak meniti nama-nama lelaki,
dan di bibir-bibir lelaki tak meniti namanya.

Wanita yg menawarkan diri sbg isteri kepada lelaki yg 
baik bukan satu kecacatan sebaliknya tanda tinggi hasratnya 
kepada kebaikan :)

Mengenal Apa Itu Citra Manusia


Bila rindu...
doakanlah orang yang kita sayangi agar dia
menghargai kekuatan dan kelemahanmu,
menerima kekurangan dan kelebihanmu
menghayati impian dan harapanmu...
menjaga komitmennya dan komitmenmu...
bersyukur dengan setiap titisan cinta, kasih dan sayangmu kerana semua itu milik Allah yang menciptakan...hatimu juga hatinya..
yang mendekatkan.. hatimu dengan hatinya..
yang membina tautan...hatimu dan hatinya..
yang mengikat...hatimu dan hatinya

semoga kekuatan cinta dan kasih sayang itu dapat melonjakkan dirimu membina
jatidiri yang mantap
hati yang kuat
iman yang teguh
personaliti yang ampuh
gerakerja dakwah yang tersusun
semangat juang yang tak pernah mati
semangat syahid yang membara di dada

kerana hatimu jua hatinya
saling menguatkan tatkala lemah
saling melengkapkan tatkala kurang
saling memantapkan tatkala goyah
saling memberi tatkala memerlukan
saling menasihati bila kesasaran
saling mengingatkan tatkala kelalaian
saling muhasabah bila tersalah langkah
saling muraqabah bila terasa kejauhan
saling mujahadah bila terima cabaran
saling mujadalah bila lalui kesukaran

walau hatimu jua hatinya
pernah terluka
pernah terasa
pernah terhiris
pernah berbelah bahagi
pernah sangsi
pernah kehilangan
pernah parah yang sangat mendalam
pernah tercuit dengan kemarahan
pernah cemburu kerana terlalu sayang

walau hatimu jua hatinya
pernah rela untuk berpisah
pernah paksa untuk berubah
pernah redha untuk membawa diri
pernah seksa kerana bertelingkah
pernah pasrah atas dugaan melimpah
pernah menangis lewat kehilangan
pernah sebak atas pertemuan
pernah duka hadapi mehnah
pernah sendu bila kerisauan

namun hatimu jua hatinya
tahu apa yang ada di dalamnya!!!
redha dan pasrah atas segalanya...