Tuesday, May 1, 2012

Iman dan Islam

Aku baru sahaja mengikuti suatu forum yang diadakan di Universiti Utara Malaysia yang terletak di Sintok, Kedah pada beberapa hari yang lalu...forum tersebut bertajuk Fenomena Mahasiswa Lesu-antara penafian dan penyelesaian-.......mungkin IPG dan universiti mempunyai perbandingan yang agak ketara dari segi pendedahan kepada strategi pembelajaran...tetapi kami di bawah payung NGO iaitu PEMBINA ingin mengikuti forum seperti ini untuk memantapkan lagi pemerolehan ilmu melalui pendedahan-pendedahan seperti ini...


forum tersebut bukanlah sebuah forum yang agak serius dan hanyalah sebuah perbincangan yang biasa...tetapi dalam keringkasan perbincangan yang dilakukan oleh ahli panel aku tertarik dengan suatu dorongan dan faktor yang diberi bagi menangani penyakit mahasiswa lesu ini yang mempunyai maksud yang dalam dan berkesan bagi aku...


Kata-kata tersebut adalah "Islam diibaratkan sebagai tiang seri yang mengukuhkan kehidupan seseorang dan islam itu sebagai tunjang kehidupan,Iman adalah suatu bentuk dorongan di mana iman itu menggerakkan usaha bukannya melumpuhkan atau menghentikan usaha...apabila setiap individu mempunyai Iman nescaya seluruh tubuh secara automatiknya akan melaksanakan tuntutan yang memerlukan sesuatu perkara dilakukan dengan sendirinya yang membawa kebaikan kepada tubuh badan itu sendiri..."


Aku menyokong kata-kata itu...cuba kita lihat mahasiswa kita sekarang di mana kelesuan itu terlalu menyerlah tatkala kita mencari seorang yang beramal dengan ilmu tetapi bertemu dengan penghafal ilmu dan juga individu suapan yang perlu diberi ilmu sentiasa bukannya menjadi pencari ilmu semata-mata ...ilmu yang dihafal akan hilang jika tidak beramal....individu yang suka disuap pula tidak akan dapat kemahiran dan strategi mencari ilmu kesudahannya akan tersungkur jika tidak mendapat bantuan....lesu di sini bukanlah bermaksud tidak bermaya atau kurang beransang dalam akademik tetapi seorang mahasiswa yang bijaksana tetapi ke manakah dia memanfaatkan ilmu yang diperoleh...adakah hanya dalam dunia mahasiswa sahaja atau dikembangkan lagi dan diaplikasi dalam kehidupan...dan bagi kita sebagai umat Islam adakah kita perlu menyerahkan diri kita kepada Allah tanpa sebarang usaha dan menerima seadanya..maaflah kalau saya katakan bahawa 'yang bulat takkan datang bergolek...yang pipih takkan datang melayang'


Apabila kita berbalik kepada konsep kehidupan...memang benarlah dan tersangat bnarlah kata-kata tersebut...Iman dan kehidupan tidak boleh dipisahkan...apabila kita mempunyai Iman yang kukuh insyallah kehidupan kita akan sentiasa mengecapi kejayaan....ini adalah kerana iman akan mendorong usaha untuk gigih melakukan perkara-perkara yang positif...


"Iman,Islam dan Kejayaan di dunia dan Akhirat"

No comments:

Post a Comment