Tuesday, October 23, 2012

Takut dan Potensi Diri



"Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri..."

Aq dapat kata-kata hikmat ni dari seorang teman yang boleh dikatakan seorang yang berfalsafah...
Apa yg die kata memang banyak kaitannya dgn aq...aq akui memang aq dari segi luaran nampak lemah...banyak kelemahan aq dari pelbagai aspek...takut utk berhadapan dgn org...x berani menyuarakan pendapat kerana takut pendapat tersebut x diterima tetapi dikomen dgn teruk...dpandang rendah....x menonjol...aq selalu mengadu kat die bile ada masalah...

Pastu die ckp..."ko jgn down...setiap manusia di muka bumi Allah ni dijadikan sama saja...sempurna, cerdik, cantik...cuma byk faktor yg membezakan kehidupan seseorang tersebut macam background keluarga, persekitaran fizikal dan byk lagi....tapi ada satu faktor yg menjadi penghalang kpd setiap manusia utk menzahirkan kehebatan dan kelebihan dalam diri die iaitu TAKUT...takut utk buat salah..takut utk mencuba...takut akan pandangan orang...kita dalam dunia ini kene hidup dalam tiga cara...yang pertama secara bersosial dgn masyarakat...kedua dalam hidup kita kene ada dimensi sendiri dimana dimensi tersebut kita yang cipta maksudnya kalo kita nak sesuatu yang bermakna dalam hidup kita perlu rancang matlamat tersebut dalam dimensi kita umpamanya kita ni adalah arkitek bagi dimensi kita...kita yang reka bentuknya, kita yang hiasinya dan kita yang menjaganya....ketiga kita perlu ada pegangan agama yang mana kita dapat rasa kemanisan hidup ni dgn lebih bermakna..."

Thnx der sbb bg ayat power sampai menusuk ke kalbu aq...buktinya aq sekarang sedikit demi sedikit mengikis ketakutan aq terhadap perkara2 yg aq takuti selama ni....cuma orang lain xkan perasan dgn perubahan aq...almaklumlah orang x famous..jadi buat apa orang nak ambik tau...heheh...

Dan aq sekarang sedar buat apa hidup sekadar nak mendapat penghargaan daripada orang lain ataupun pujian daripada orang lain...kita hidup perlu berlandaskan matlamat kita sendiri apa tujuan kita hidup di dunia ini...oleh itu persoalan hidup ini berbalik kpd soal agama kerana kita kena seimbangkan unsur kerohanian dgn duniawi...barulah hidup itu bermakna.... 

No comments:

Post a Comment