Monday, October 7, 2013

Trust In Allah

Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi...
Sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani...
Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai...
Sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui...

JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi...
Kerana harapan adalah masa hadapan...
Kerana harapan adalah sumber kekuatan...
Kerana doa adalah pintu kebaikan...
Kerana doa adalah senjata orang beriman...

Kemanisan yang Allah bagi adalah nikmat...
boleh jadi juga ujian...
Nikmat adalah untuk orang yang beriman...
Sedangkan ujian untuk menentukan keikhlasan dan kesabaran serta syukur...
Mungkin apa yang aku rasa adalah ujian...tak terfikir dalam benak fikiran layaknya aku untuk mendapat nikmat...
Sedangkan diri penuh lilitan dan hirisan dosa-dosa silam...
Membuatkan diri rasa kerdil untuk berhadapan dengan mereka yang dilihat lebih beriman...

Tetapi apa yang terlintas dalam fikiran...
Rasa yakin dengan ketentuan Tuhan...
Yang penuh makna dan teladan...
Timbul rasa penuh kesyukuran...
Sebaik terlihat bait-bait ayat dan perkataan...
Bahawa selagi ada rasa takut dan gentar di dalam hati kepada Tuhan...
Selagi itulah diri masih mempunyai iman...

Mungkin diri ini tak layak mendapat yang terbaik...
Biarlah harapan yang menjadi peneman...
Semoga Allah memberkati apa yang dilakukan...
Hanya Dia yang menentu dan menetapkan perancangan...

No comments:

Post a Comment